Thursday 10 November 2016

PROMO SHAKLEE BULAN NOVEMBER 2016



CRAZY SALES SHAKLLE!!!

Mentang-mentang dah hujung tahunkan...Memang Shaklee buat SALES gila-gila untuk item ni....yeay.





BUY 3 FREE 1
  • ALFALFA BESAR @ KECIL
  • LECITHIN
  • VITALEA KID

BUY 2 DISKAUN 5% OR BUY 6 FREE 1
  • NUTRIFERON

Tu dia banyak haa.....

Yang best nak kurus ->>LECITHIN + ALFALFA
Gandingan mantap ni kalau nak beli banyak-banyak pakat-pakatlah adik beradik, jiran-jiran, kawan-kawan dan sanak saudara...
Tips jimat hakaq...hehehe...

Jom shopping YES SHAKLEE!

Hubungi Mala untuk order dan pertanyaan lanjut.





B-COMPLEX WITH ACID FOLIC

Vitamin B-Complex merupakan vitamin yang diperlukan setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisme yang sihat. Vitamain B mempunyai fungsi yang sangat hebat termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel dan mengekalkan saraf dan kulit yang sihat. 



TANDA-TANDA KEKURANGAN B-COMPLEX

  • Depresi
  • Murung
  • Insomnia
  • Kurang selera makan
  • masalah lidah (lidah menjadi merah, sakit, bengkak atau kurang deria rasa)
  • Kurang konsentrasi
  • Mudah tersinggung
  • Melemahkan sistem urat saraf
  • Menganggu fungsi otak
  • Pembentuk abnormal sel

B-Complex Shaklee membekalkan vitamin B yang lengkap dalam kuantiti seimbang untuk mengatasi masalah kekurangan vitamin B dan ia lengkap dengan 8 jenis komponen penting vitamin B termasuk Asid Folik dan Biotin. 8 vitamin lengkap yang terdapat dalam B-Complex Shaklee ialah :
  1. Vitamin B1 (as Thiamin Mononitrate)
  2. Vitamin B2 (Riboflavin)
  3. Vitamin B3 (Niacin)
  4. Vitamin B5 (Pantothenic Acid as d-Calcium Pantothenate)
  5. Vitamin B6 (as Pyridoxine Hydrochloride)
  6. Asid Folic (Folate)
  7. Vitamin B12 (as Cyanocobalamin)
  8. Biotin (as d-Biotin)
Setiap tablet B-Complex dilengkapi dengan Sistem Penyerapan Bioaktif Berpaten yang merupakan sistem pengangkutan nutrien berpaten untuk meningkatkan penyerapan nutrien penting Asid Folik.
Kuantiti Asid Folik yang mencukupi dalam wanita hamil telah terbukti berkesan untuk mengurangkan risiko melahirkan bayi dengan kecacatan saraf tunjang dan kecacatan otak.

"Asid Folik atau Folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai di dalam sayuran hijau, jus buah-buahan dan bijiran. Asid Folik diperlukan terutamanya semasa anda merancang untuk hamil dan 3 bulan pertama selepas hamil. (Lebih bagus diamalkan sepanjang tempoh kehamilan, berpantang dan menyusukan anak)."


KEPENTINGAN B-COMPLEX

  • Meningkatkan fungsi keseluruhan tubuh terutamanya kesihatan dan kecergasan.
  • Membekalkan tenaga berpanjangan dengan menukarkan gula di dalam darah dan tenaga.
  • Membantu menggantikan nutrisi vitamin B yang hilang.
  • Membantu mengatasi tekanan, kemurungan dan elakkan meroyan buat ibu berpantang
  • Membantu menguatkan jantung, peparu dan organ penting.
  • membantu sintesis DNA dan penghasilan sel-sel baru.
  • Merendahkan risiko kecacatan saraf tunjang atau otak pada bayi yang baru lahir.
  • Membantu pembentukan seldarah merah dan antibodi sekaligus merendahkan risiko anemia.
  • Memelihara kulit, kuku, otot dan rambut.
  • Meningkatkan daya fokus dan menguatkan memori.

SIAPA YANG BOLEH MENGAMBIL B-COMPLEX
  • Lelaki dewasa
  • Wanita dewasa
  • Warga emas
  • Remaja berumur 13 tahun ke atas
  • Penghidap Anemia
  • Wanita yang bercadang untuk hamil
  • Wanita hamil
  • Wanita berpantang
  • Wanita menyusukan bayi

HARGA B-COMPLEX
  • Harga : RM 56.98
  • Kuantiti : tablet
  • Sajian : 4 bulan

Berminat untuk mencuba B-Complex boleh Klik Sini






Thursday 3 November 2016

HB RENDAH DI KALANGAN IBU HAMIL


Hari ini Mala nak share hb rendah di kalangan ibu hamil. Mesti ramai ibu hamil yang mengalami hb rendah ni kan. Paras hb seseorang dikira dalam unit g/dL (gram per deciliter), biasanya paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 - 16.5g/dL manakala lelaki adalah 12.5 - 18.5g/dL. Manakala bacaan hb yang normal bagi ibu mengandung pula ialah julat : 11 - 12 g/dL (gram per deciliter).

Simptom paling umum yang disebabkan oleh hb rendah ialah keletihan. Keletihan berlaku kerana badan ibu tidak mempunyai sel darah merah untuk membawa oksigen ke banyak bahagian dan tisu badan. Hemoglobin adalah protein yang kaya zat besi (iron) yang membantu sel-sel darah merah membawa oksigen daripada paru-paru ke seluruh badan.

Tanda-tanda Dan Simptom HB Rendah
  • Rasa letih dan lemah
  • Sesak nafas
  • Pening
  • Sakit kepala
  • Kesejukan di tangan dan kaki
  • Kulit dan kuku pucat
  • Jantung berdebar laju dan sakit dada
  • Mudah pitam atau pengsan

Kesan Kepada Bayi :
  • Intrauterine Growth Restriction (IUGR) atau Pertumbuhan Janin Terbantut
  • Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
  • Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
  • Anak lemas semasa hamil atau Asphyxia
  • Mati ketika dilahirkan atau stillbirth

Punca Bacaan HB Rendah
  • Kurang zat besi/folate/vitamin B12
  • Pendarahan
  • Kanser
  • Penyakit buah pinggang/hati
  • Hypothyroidism
  • Thalassemia

Apabila hb rendah, bermakna hemoglobin tidak cukup untuk membawa oksigen ke seluruh badan. Jantung ibu perlu bekerja lebih keras untuk membekalkan oksigen ke seluruh badan.

Untuk masalah hb rendah ini Mala cadangkan pengambilan Set HB Rendah Shaklee. Set ini sesuai untuk ibu hamil amalkan sepanjang kehamilan. Set ini antara basic supplement yang bagus untuk ibu hamil. Jom tengok fungsi setiap vitamin dalam set hb rendah ini. Bagi yang alami anemia pun sesuai amalkan set ini juga.


Set Naikkan HB Rendah Shaklee


Set Naikkan HB Rendah Shaklee

1. Vitalea With Iron Formula
- Multivitamin wajib bagi semua orang lebih-lebih lagi ibu mengandung. Ianya kaya dengan iron, mengandungi 30 nutrisi harian lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting yang dicadangkan oleh RDA. Jadi kepada ibu-ibu yang mengalami tekanan darah atau hb rendah boleh mengambil 20 biji vitalea sehari.

2. Sustained Release Vitamin C
- Fungsi utama pengambilan vitamin c adalah untuk menyerap zat iron yang terdapat dalam vitalea. Jadi ia digalakkan telan sekaligus dengan vitalea demi untuk naikkan bacaan Hb. Selain itu ia mengandungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat.

3. B - Complex
- Lengkap dengan folic asid yang mana sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400mg keperluan asid folik sehari. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.



Testimoni Set Naikkan Hb Rendah Shaklee


Hb Rendah dari 9 naik 11


Sharing daripada Puan June.
"HB RENDAH RUNGSING HATI MAK!"
Bila cek darah hb low masa preggy hri tu...Allah runsing hati ni...sedih sgt2 bla fk baby dlm prutt..sebab baca info tak bek tuk kesihatan ibu dan baby dalam kandungan..lebih truk lagi..blh menyebabkan kematian...hanya Allah ja tau perasaan sy masa tu..Sy ikhtiar cari info-info naikkan hb rendah ni. Tnya mak, kwn2 ka lgg..tak sanggup mo ulang alik pergi klinik cek darah. Kebetulan sy memang amalkan se hamil shaklee. Dan follow cara makan untuk naikkan hb rendah.. Alhamdulillah..konsisten amalkan Vit c dan vitalea 2 ni..memang sgt membantu tuk masalah hb low...
Akhirnya hb dah naik paras normal..Syukur sangat2...dan sampai sekarang sy mc amalkan vit2 ni...


Semoga perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu hamil di luar sana ikhtiar untuk naikkan hb masing-masing. Jangan risau yer ibu-ibu semua produk Shaklee selamat dan disahkan oleh KKM dan ada sijil halal.

Boleh hubungi Mala untuk order dan pertanyaan lanjut.


         

                



Saturday 29 October 2016

5 TIP MUDAH AJAR ANAK BERDIKARI




Image result for gambar anak kecil berdikari

Ada anak kecil yang sangat berdikari. Tentuu kita terfikir, macam mana cara didikan ibu bapa mereka sehinggakan anak yang baru berusia tiga tahun sudah pandai berdikari seperti mengemas alat permainan yang selesai dimain, mengelap air yang tumpah di lantai, membasuh cawan yang digunakan dan sebagainya lagi.
Sebenarnya semua ibu bapa boleh mendidik anak menjadi individu yang berdikari asalkan ada kemahuan untuk mendisiplinkan mereka. Mungkin anda boleh cuba cara berikut.
1. Jaga kesihatan anak
Anak yang sihat mampu untuk mengikut bimbingan dan didikan ibu ayah. Jadi ibu ayah perlu menyediakan segala keperluan khasiat anak untuk membesar sihat dan cergas. Apabila anak sihat, mudahlah mereka belajar berdikari dengan bimbingan daripada ibu dan ayah.
2. Ajar anak berkeyakinan
Anak yang dibesarkan dengan persekitaran positif akan membesar sebagai kanak-kanak yang berkeyakinan tinggi. Sejak kecil galakkan anak membantu membuat kerja rumah. Biarpun pada awalnya tidak sempurna, berikan mereka pujian dan galakan.
Tugas-tugas mudah seperti mengemas katil, bilik, menyapu sampah dan sebagainya mampu meningkatkan keyakinan diri mereka seterusnya anak menjadi lebih berdikari.
3. Mudah bergaul
Salah satu ciri anak berdikari adalah kemampuannya  mudah bergaul dengan  kawan-kawan sebaya. Ia menunjukkan mereka mampu untuk berdikari  mencari kawan baru tanpa perlu ‘melekat’ dengan ibu ayah jika berada di tempat baru.
4. Kreatif
Anak kreatif bukan sekadar hebat melukis, mewarna dan menulis tetapi lebih luas daripada itu di mana dia mampu menyelesaikan sendiri masalah yang dihadapi tanpa bantuan orang lain.
Ia bukan sifat semula jadi sejak lahir tetapi boleh dipupuk dan diajar sendiri oleh ibu dan ayah bagaimana menjadi anak yang kreatif dan mampu berfikir cara menyelesaikan masalah yang dihadapi.
5. Berikan kebebasan
Kadangkala ibu dan ayah perlu memberi kebebasan kepada anak yang sedang membesar. Kebebasan bukan bermakna mencetuskan hura hara atau membiarkan anak tanpa pemantauan tetapi dalam bab membuat keputusan yang mudah.
Misalnya seperti memilih pakaian yang hendak dipakai, membuat pilihan menu makanan di restoran, membiarkan anak menguruskan keperluan dirinya. Secara tidak langsung ia menjadi salah satu cara mudah menggalakkan anak untuk lebih bertanggungjawab.
Biasanya anak yang berdikari mudah untuk mendapat kawan walaupun dia berada di tempat baru dan mereka akan membesar sebagai seorang yang berani cuba sesuatu yang baru serta tinggi keyakinan diri.
Sumber : Majalah Pa & Ma

Wednesday 26 October 2016

6 CARA TERBAIK BILA BERHADAPAN DENGAN SI KECIL YANG KEDEKUT





kedekut


Sikap kedekut bukan hanya milik orang dewasa, adakalanya si kecil juga sudah pandai bersikap kedekut. Terutama pada barang kesayangan dan kegemarannya.
Macam mana dia boleh kedekut ya? Rasanya ibu dan ayah tak pernah ajar. Jadi, apakah cara terbaik bila anak mula bersikap kedekut?
Adakah perlu terus dimarah? Atau biarkan sahaja dengan harapan dia akan berubah sikap apabila semakin membesar kelak?

Si manja pada usia tiga hingga empat tahun sedang dalam fasa belajar untuk berkongsi dan memahami makna beratur serta mengambil giliran. Ibu dan ayah perlu memainkan peranan untuk menerapkan dalam diri si manja dan sedikit demi sedikit mengikis sifat mementingkan diri ini.

Antara tip yang boleh diberikan kepada si manja untuk menyuburkan sikap berkongsi dalam dirinya ialah:

1. Berkongsi itu menyeronokkan

Ajar si manja untuk bekerjasama menerusi permainan. Misalnya membina blok secara berpasukan dan yang paling tinggi akan menang. Tentunya si manja akan bermain dan saling memberi dan menerima serta bekerjasama dengan mudah. Masukkan juga elemen giliran untuk mengambil blok dalam peraturan permainan. 

2. Biar dia berkongsi dengan anda

Biarkan dia berkongsi sesuatu dengan anda. Misalnya berkongsi tugas untuk menyiram pokok, membiarkan dia membantu anda mengemas barang-barang setelah pulang dari membeli belah bersama. 
Selain itu, anda boleh memberikan sesuatu untuk dia kongsi bersama kawannya seperti snek atau pelekat kartun yang boleh dikongsi dengan rakan-rakannya di pusat asuhan.

3. Jangan denda

Jangan menggunakan kaedah denda dalam menyelesaikan masalah ini. Denda dan mengatakan dia kedekut tidak akan mencetuskan sifat memberi dalam diri si manja.
Malah ia boleh menyebabkan tekanan emosi padanya. Anda perlu faham pada usia ini si manja sedang mempelajari konsep berkongsi. Berikan dia masa untuk memahami dan cuba berkongsi dengan orang sekeliling seiring pertambahan usia dan  kematangan dirinya.

4. Nasihat

Cara paling mudah ialah dengan memberikan nasihat kepadanya dan memberitahu kelakuan yang tamak dan enggan berkongsi itu tidak manis. Selalu bercerita tentang orang yang tamak selalu rugi dan keburukan jika tidak berkongsi barang dengan orang lain.
Allah SWT juga suka kepada orang yang pemurah dan suka berkongsi dengan orang lain. Dengan cara ini dia akan cuba mengubah dirinya dengan sendiri tanpa rasa seksa dan terpaksa.

5. Ajar dia memahami

Kanak-kanak dan permainan sememangnya tidak dapat dipisahkan. Kerap kali masalah enggan berkongsi mainan menjadi punca kepada pergaduhan. Justeru, ajar si manja untuk tidak berebut dan mengambil giliran.
Didiknya untuk bertolak ansur dan memahami perasaan orang di sekelilingnya. Misalnya katakan “Amir suka sangat dengan robot adik. Bagilah dia main sekejap. Nanti dia nak balik, dia akan pulangkan semula robot Adik ok. Bolehlah adik main puas-puas dengan robot tu nanti.”
Berikan peluang untuk si manja memberikan pendapat dan meluahkan perasaannya mengenai hal tersebut.

6. Hormati barangan miliknya

Mulai sekarang, ibu dan ayah perlu hormati barangan milik anak dan jangan ambil mudah. Mungkin kerana anda sering menyimpan barangnya di tempat salah, menyebabkan ia rosak atau memberikannya kepada orang lain tanpa memberitahunya terlebih dahulu.
Hal ini menyebabkan si manja rasa terancam dan bertindak untuk tidak berkongsi dengan orang lain.

7. Jadi contoh

Jadikan diri anda berdua sebagai contoh yang baik kepada si manja berkaitan hal ini. Praktis untuk berkongsi apa sahaja dengan dia atau ahli keluarga yang lain.
Gunakan istilah kongsi dalam mendefinisikan perbuatan tersebut dan biar dia menyaksikannya. Biarkan dia melihat anda sedang bertolak ansur dengan pasangan anda, berkompromi tentang sesuatu hal dan berkongsi sesuatu.

Anak belajar perkara baru setiap hari. Tunjukkan cara terbaik tentang sikap tidak kedekut kepada si manja. Ia juga boleh menjadi pelajaran berkesan kepada dirinya.
Sumber : Majalah Pa & Ma

Saturday 23 July 2016

MOMMIES SELALU LETIH DAN LESU?





Biasa terjadi kan. Maklum la, mommies ni biasa memang superwoman. Dari buka mata sampai nak tidur balik kerja tak pernah habis.
Bila badan letih mula la moody, sakit sana sini .
Antara punca badan kita selalu letih, lemah dan mengantuk sentiasa.
✔Tak cukup tidur
✔Diet yg tidak seimbang
✔Kurang darah merah
✔Stress
✔Diabetis
✔Kekurangan air dalam badan

Boleh ke supplement atasi masalah cepat letih dan lesu ni?

Ya, berikut ialah vitamin untuk supermom sihat bertenaga.

Vitalea - multivitamin yg lengkap dengan 23 jenis vitamin dan mineral untuk kelengkapan nutrisi dan tenaga.
BComplex - kaya dengan 8 jenis vitamin B yg juga anti stress, mengurangkan sakit kepala dan bagus juga untuk tenaga.
Ostematrix - membantu ibu tidur lena dan bangun segar pada waktu pagi, bagus untuk kesihatan tulang, melegakan keletihan.
ESP - protein yg lengkap dengan 9 asid amino perlu yang membantu ibu sihat, bertenaga, slim dan cantik.
Jadi, mommies tak perlu risau lagi badan selalu letih tak bermaya. 
Amalkan pemakanan yg sihat dan lengkapkan dengan vitamin Shaklee .

Dapatkan vitamin anda daripada saya.

Hubungi
Mala 019-6949739
Shaklee ID 1217625



Sunday 8 May 2016

REDAKAN EKZEMA ADIK

Ekzema adalah masalah kulit yang biasa dihidapi oleh si manja. Ia biasanya terjadi kepada si manja sejak lahir dan akan hilang dengan sendirinyasebelum si anja melangkah ke sekolah rendah.Terdapat berjenis-jenis ekzema seperti Dyshidrotic eczema, Eczema herpeticum, Nummular eczema, Seborrheic eczema, Atopic eczema. Atopic eczema atau dematitis adalah jenis ekzema yang biasa dihidapi bayi dan kanak-kanak.

Image result for gambar ekzema pada bayi

Penyebab Ekzema
Ekzema berkait rapat dengan keturunan dan gen. Sesetengah gen akan menyebabkan kulit individu bertambah sensitif. Sistem keimunan yang terlalu aktif juga menjadi pendorong di samping ciri tidak normal pada kulit yang menyebabkan kelembapan terbebas dan membiarkan kuman masuk. Antara faktor yang mencetuskan ekzema pada si manja ialah :
  • Pendedahan kepada bulu binatang
  • Penggunaan bahan kimia pada kulit
  • Pemakaian fabrik sintetik
  • Panas dan berpeluh
  • Cuaca kering dan sejuk
  • Tekanan perasaan dan stres
  • kulit terlalu kering
5 Simptom Ekzema
  1. Kegatalan pada kulit yang sering terbentuk dalam bentuk tompok.
  2. Lokasi tumpuan ialah di bahagian muka,bahagianberlipat pada si manja seperti leher, pelipatan lengan, belakang lutut, telinga dan pada kulit kepala.
  3. Terdapat kanak-kanak mengalami ekzema di lutut atau siku.
  4. Kegatalan akibat selalunya akan menyebabkan kulit kering, iritasi dan melecet serta berkuping. Adakalanya kulit merekah dan menyebabkan terjadinya infeksi. 
  5. Kulit menjadi kemerah-merahan dan bersisik.
Bagaimana Merawatnya
Menghidap ekzema bukan sahaja menyebabkankegatalan pada kulit, ia juga akan menggangu tidur, pergaulan dan menggugat emosi si kecil. Ekzema tidak boleh dihilangkan begitu sahaja kerana ia mempunyai perkaitan dengan gen dalam badan yang tidak mungkin bleh diubah sama sekali. Walaupun bukanlah satu penyelesaian, namun sebagai langkah rawatan, ubat-ubatan,produk penjagaan diri dan peralihan gaya hidup perlu untuk mengawal ekzema yang dihidapi si manja daripada menjadi teruk.
  1. Sapuan pelembab. Pelembab kulit yang diperbuat daripada bahan organik dan tidak mengandungi stereoid adalah pilihan terbaik.
  2. Kuku si manja hendaklah sentiasa pendek untuk mengelakkan kulit tercalarketika menggaru.
  3. Tuam menggunakan pek ais mengurangkan kegatalan.
  4. Sentiasa memakai pakaian daripada fabrik kapas dan berpotongan longgar.
  5. Tutup bahagian yang longgar dengan pakaian.
  6. Menggosokbahagian kulit yang gatal perlahan-lahan untuk melegakan.
  7. Sentiasa memastikanruang kediaman bebashabuk. Elakkan permaidani dan binatang peliharaan yang berbulu di dalam rumah.
  8. Amalkan penyusuan susu ibu. Elakkan susu lembu, kekacang,telur dan makanan lautyang mungkin boleh menyebabkan radang ekzema tercetus.
Sumber majalah Pa&Ma Januari 2014.
 

Monday 11 April 2016

HEALING CRISIS


Sumber gambar dari google

 ‘Healing Crisis’ atau lebih difahami sebagai krisis penyembuhan/pemulihan berlaku apabila badan kita yang banyak radikal bebas mula membebaskan toksin dan membina semula sel-sel tubuh.
Proses ini sering disalah erti. Ramai yang beranggapan ia akan memburukkan lagi keadaan individu dan merupakan ketidakserasian terhadap vitamin/supplement. Ia adalah TIDAK BENAR! Apa yang berlaku sebenarnya adalah proses pembuangan toksin dan elemen-elemen tidak sihat dari dalam badan. Proses ini adalah perlu untuk ‘membersihkan badan kita daripada elemen-elemen yang merbahaya dan tidak sihat agar kita mendapat kesihatan yang lebih baik.
Sebenarnya apa yang dialami itu bukanlah kesan sampingan tetapi adalah proses penyembuhan yang baik untuk tubuh badan dan menandakan vitamin/supplement yang anda makan itu menunjukkan tindakbalas yang baik.
Bila toksin dah dikeluarkan mudahlah penyerapan vitamin yang kita makan.
Dalam tempoh ‘healing crisis’ ini, seseorang individu akan mengalami beberapa ketidakselesaan seperti sakit kepala,mual, letih, ruam pada kulit, cirit birit, demam, dan sebagainya mengikut keadaan badan individu tersebut. Namun, ia hanya bersifat sementara. Ada yang mengalaminya 1-2 hari, minggu, atau mungkin bulan, terpulang kepada tahap kesihatan individu terbabit.

Sumber gambar dari google

Bagaimana Nak Kurangkan Kesan ‘Healing Crisis’?
Minum air suam/plain water dengan banyak dan kerap dapat membantu dalam mengatasi ‘healing crisis’. Badan kita memerlukan air yang banyak untuk menyahtoksik elemen-elemen tidak baik tadi keluar dari badan. Walaupun ada yang merungut kerana terpaksa pergi ke tandas dengan kerap. Tetapi, itulah yang terbaik. Jadi, jika anda mengalami ‘healing crisis’ selepas mengambil/amal Jamu Nenek, amalkan minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari. InsyaAllah, kesan itu akan berkurang dengan izinNya. Perlu diingatkan, ‘healing crisis’ bukan bererti Jamu Nenek tidak serasi dengan badan pengguna, tetapi ia menunjukkan petanda baik kerana badan kita bertindak balas dengan jamu yang anda makan.
Selain daripada minum banyak air, pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran
juga dapat membantu. Ini kerana buah dan sayur mengandungi banyak serat
yang boleh menjadi medium pembuangan toksin daripada najis.

 Jom tengok contoh kesan-kesan ‘healing crisis’ dan apa yang menyebabkan ianya berlaku:
 Keletihan/Mengantuk
- Tubuh berasid, fungsi hati lemah, terlalu letih/perlukan lebih rehat
 Sakit Kepala/Kepala Berat
- Tekanan darah tinggi, tanda2 detoksifikasi
 Demam/Keresahan
- Metabolisma meningkat, merangsang fungsi imun badan
Cirit birit, Kerap membuang air besar, Najis gelap & berbau, Air kencing
berbau busuk

- Tanda detoksifikasi, sisa-sisa toksin terkumpul di dalam kolon
 Kembung perut
- Sistem penghadaman lemah
Ruam, gatal kulit, peluh berbau busuk, rembesan mukus, kelemumur
- Fungsi hati yang lemah, kesihatan kolon dan sistem penghapusan yang lemah
Pengeluaran lendir seperti kahak, hidung berair
- Fungsi paru-paru lemah, mengeluarkan kahak, tanda detoksifikasi
 Hidung berdarah
- Mungkin tanda anemia (tidak cukup darah merah)
Sakit di bahagian otot dan sendi
- Tubuh berasid, toksin terkumpul di tempat yang sakit
 Merasa lebih sakit di bahagian yang terjejas
- Proses penyembuhan semakin cepat
Insomnia atau hiperaktif 
- Sistem Saraf yang lemah
Haid tidak teratur, perubahan pada kitaran haid, gatal di punggung,
semakin banyak mengeluarkan lendir

- Ketidakseimbangan hormon, sedang memperbetulkan hormon
Pendarahan ketika membuang air besar
- Mungkin buasir
Pening, lapar
- Hipoglisemia (paras gula dalam darah yang lemah), anemia (tidak cukup
darah merah)
Loya, sembelit, sedu
- Sistem penghadaman lemah, masalah hati
 Slight Edema (bengkak)
- Masalah buasir
🤔 Ada diantara simptom2 diatas anda alami selepas mengamalkan supplement?
Jangan bimbang kerana ianya bersifat sementara insyaAllah dan bertujuan
untuk memperbaiki sistem dalaman tubuh anda. 
Sumber Fb : Raihan's Vita Shop
Berminat nak cuba produk shaklee?
Hubungi
Mala 019-6949739
Shaklee ID 1217625
SIHAT, CANTIK DAN CERIA

 


 

Monday 21 March 2016

Selamat Datang

KETIKA aku ingin hidup KAYA, Aku lupa bahwa HIDUP adalah KEKAYAAN.

KETIKA aku takut MEMBERI, Aku lupa bahwa semua yang aku miliki adalah PEMBERIAN.
KETIKA aku ingin jadi yang TERKUAT, Aku lupa bahwa dalam KELEMAHAN, 
Allah memberi aku KEKUATAN.
KETIKA aku takut RUGI, Aku lupa bahwa HIDUPKU adalah sebuah KEBERUNTUNGAN.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Blog design by Fatin Hazwani. Copyright Normala Jaip.