Sunday 8 May 2016

REDAKAN EKZEMA ADIK

Ekzema adalah masalah kulit yang biasa dihidapi oleh si manja. Ia biasanya terjadi kepada si manja sejak lahir dan akan hilang dengan sendirinyasebelum si anja melangkah ke sekolah rendah.Terdapat berjenis-jenis ekzema seperti Dyshidrotic eczema, Eczema herpeticum, Nummular eczema, Seborrheic eczema, Atopic eczema. Atopic eczema atau dematitis adalah jenis ekzema yang biasa dihidapi bayi dan kanak-kanak.

Image result for gambar ekzema pada bayi

Penyebab Ekzema
Ekzema berkait rapat dengan keturunan dan gen. Sesetengah gen akan menyebabkan kulit individu bertambah sensitif. Sistem keimunan yang terlalu aktif juga menjadi pendorong di samping ciri tidak normal pada kulit yang menyebabkan kelembapan terbebas dan membiarkan kuman masuk. Antara faktor yang mencetuskan ekzema pada si manja ialah :
  • Pendedahan kepada bulu binatang
  • Penggunaan bahan kimia pada kulit
  • Pemakaian fabrik sintetik
  • Panas dan berpeluh
  • Cuaca kering dan sejuk
  • Tekanan perasaan dan stres
  • kulit terlalu kering
5 Simptom Ekzema
  1. Kegatalan pada kulit yang sering terbentuk dalam bentuk tompok.
  2. Lokasi tumpuan ialah di bahagian muka,bahagianberlipat pada si manja seperti leher, pelipatan lengan, belakang lutut, telinga dan pada kulit kepala.
  3. Terdapat kanak-kanak mengalami ekzema di lutut atau siku.
  4. Kegatalan akibat selalunya akan menyebabkan kulit kering, iritasi dan melecet serta berkuping. Adakalanya kulit merekah dan menyebabkan terjadinya infeksi. 
  5. Kulit menjadi kemerah-merahan dan bersisik.
Bagaimana Merawatnya
Menghidap ekzema bukan sahaja menyebabkankegatalan pada kulit, ia juga akan menggangu tidur, pergaulan dan menggugat emosi si kecil. Ekzema tidak boleh dihilangkan begitu sahaja kerana ia mempunyai perkaitan dengan gen dalam badan yang tidak mungkin bleh diubah sama sekali. Walaupun bukanlah satu penyelesaian, namun sebagai langkah rawatan, ubat-ubatan,produk penjagaan diri dan peralihan gaya hidup perlu untuk mengawal ekzema yang dihidapi si manja daripada menjadi teruk.
  1. Sapuan pelembab. Pelembab kulit yang diperbuat daripada bahan organik dan tidak mengandungi stereoid adalah pilihan terbaik.
  2. Kuku si manja hendaklah sentiasa pendek untuk mengelakkan kulit tercalarketika menggaru.
  3. Tuam menggunakan pek ais mengurangkan kegatalan.
  4. Sentiasa memakai pakaian daripada fabrik kapas dan berpotongan longgar.
  5. Tutup bahagian yang longgar dengan pakaian.
  6. Menggosokbahagian kulit yang gatal perlahan-lahan untuk melegakan.
  7. Sentiasa memastikanruang kediaman bebashabuk. Elakkan permaidani dan binatang peliharaan yang berbulu di dalam rumah.
  8. Amalkan penyusuan susu ibu. Elakkan susu lembu, kekacang,telur dan makanan lautyang mungkin boleh menyebabkan radang ekzema tercetus.
Sumber majalah Pa&Ma Januari 2014.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Blog design by Fatin Hazwani. Copyright Normala Jaip.